Miss Malaya Violet_Sleigh

Sleigh menjadi Miss Malaya yang pertama apabila beliau memenangi gelaran Miss Max Factor Malaya pada tahun 1953, mengalahkan 47 peserta lain dari serata Tanah Melayu dan Singapura.[5]

Hadiahnya termasuk wang tunai berjumlah $1,000, almari pakaian baru, perjalanan ke Hollywood serta penginapan selama dua minggu di Hotel Roosevelt Hollywood.[10] Pada bulan Disember, Sleigh mendapat peluang untuk bertemu dengan banyak bintang Hollywood utama yang berada di luar bandar.[5] Dia juga mendapat peluang untuk bersua muka bersama bintang Hollywood yang terkenal seperti Dean Martin, Jerry Lewis, Zsa Zsa Gabor, dan juga pengusaha syarikat Max Factor sendiri, Francis Factor yang juga dikenali sebagai Max Factor Jr.[11] Semasa pertemuannya bersama Zsa Zsa Gabor, Sleigh berkata, "Oh dia sebenarnya... bukanlah orang baik, sesungguhnya."

Semasa berada di Hollywood, Sleigh melakukan pembacaan tentang Columbia Pictures. Dilaporkan juga bahawa seorang pengarah filem, Michael Curtiz, cuba untuk mengambil beliau untuk membintangi filem The Egyptian pada tahun 1954. Namun beliau menolak tawaran tersebut.[10]

Rujukan

WikiPedia: Violet_Sleigh http://www.cofepow.org.uk/pages/ships_kuala_passen... http://www.bfm.my/malaya-first-beauty-queen-part2.... http://www.ancestry.co.uk/genealogy/records/ada-mc... http://www.ancestry.co.uk/genealogy/records/henry-... http://www.bfm.my/malaysiana-introducing-malaya-fi... http://www.changimuseum.sg/civilian-internees-data... http://www.nas.gov.sg/archivesonline/photographs/r... http://www.nas.gov.sg/archivesonline/photographs/r... http://www.themalaysianinsider.com/features/articl... http://cdnc.ucr.edu/cgi-bin/cdnc?a=d&d=DS19531217....